Skip to main content

SABAR

Salam Ramadhan.

Terpanggil untuk berkongsi mengenai kesabaran. Sukarkan melatih diri untuk sabar.
Lelah oh lelah. Diri ini juga sering gagal mengawal emosi, ego dan sebagainya.
Admin nak berkongsi post mengenai bagaimana tahap kesabaran kita bila di jalan raya. 
Bertujuan untuk menegur diri sendiri, kamu dan kamu, serta masyarakat kita hari ini. 
Tambahan lagi di bulan yang mulia ini kan, memang menuntut kita menjadi seorang yang lebih penyabar gitu 😉

Warna Sebenar Kita Di Jalan Raya
Oleh : PAHROL MOHAMAD JUOI

"Kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas apabila memegang stereng kereta?" Tanya seorang ahli kariah masjid ketika kami sama-sama berehat selepas menunaikan solat Asar.
"Saya rasa bukan tiba-tiba sahaja mereka jadi ganas tetapi mereka memang ganas sebelum memegang stereng kereta lagi," jawab saya perlahan.
" Eh, kenapa awak kata begitu?"
"Jalan raya hanya menjadi sebab untuk mereka mengeluarkan warna mereka yang sebenar."
"Maksud awak 'true colour' mereka hanya keluar di jalan raya yakni ketika mereka memandu?"
"Ya. Sifat-sifat diri yang sebenar tidak terkeluar di tempat-tempat lain... mungkin kerana segan, takut, malu dan sebagainya. Di pejabat, mungkin kerana ada bos atau ada orang lain yang disegani. Di rumah kerana ada isteri. Begitu juga di tempat-tempat lain, ramai yang perlu mengawal diri kerana ada kepentingan tertentu di hadapan orang tertentu."
"Maksud awak?"
"Di tempat-tempat itu mereka terpaksa memendam rasa marah, menahan rasa kecewa atau mengurung rasa dendam yang ada di dalam hati. "
"Rasa-rasa itulah yang kemudiannya mereka lepaskan apabila memandu di atas jalan raya?"
"Ya begitulah. Jalan raya menjadi tempat melepaskan segala rasa tidak puas hati dalam realiti kehidupan sehari-hari. Hakikatnya jalan raya telah menjadi tempat melampiaskan rasa marah, kecewa, dendam dan lain-lain sifat mazmumah."
"Orang lain yang mereka marah, orang lain yang jadi sasarannya. Begitu?"
"Begitulah. Awak tahu tiga penyebab utama kemalangan di negara kita?"
"Memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong secara salah!"
"Memandu laju menunjukkan kurang sabar atau mungkin kerana ego. Ingin menunjuk-nunjuk. Melanggar lampu isyarat tanda tidak menghormati peraturan dan orang lain. Begitu juga dengan memotong dengan cara dan di lorong yang salah. Tiga penyebab utama kemalangan hakikatnya berpunca daripada sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri pengguna jalan raya kita!"
"Tetapi ada juga orang yang baik terlibat dalam kemalangan, malah kemalangan maut," kilas teman saya perlahan.
"Itu sudah takdir. Kekadang, mereka hanya menjadi mangsa kesalahan orang lain. Mereka memandu dengan baik dan berhemah, tetapi apa boleh buat, orang lain yang melanggar mereka. Itu yang saya katakan takdir. Itu luar usaha dan ikhtiar kita. "
"Mengapa saya lihat orang agama pun memandu laju, cuai dan melanggar lampu isyarat?"
Saya terdiam. Ya, dalam pengalaman sendiri pun ramai juga saya lihat "orang agama" yang memandu secara berbahaya dan mementingkan diri.
Melihat saya diam, teman saya menyambung, "Mengapa? Orang agama pun sarat sifat mazmumah? Mereka pun turut melepaskan rasa marah, ego dan kecewa di atas jalan raya?"
Perlahan saya mengangguk.
"Mengapa?" dia terus mengasak.
"Orang agama belum tentu beragama," jawab saya pendek.
"Pelik itu. Orang agama tetapi tidak beragama..."
"Maksud saya, ada orang yang latar belakang pendidikannya, atau mungkin kerjayanya, atau mungkin juga gelarannya ustaz, tetapi sayang... mereka tidak mengamalkan ajaran agama sepenuhnya termasuk ketika memandu di atas jalan raya."
"Eh, takut ramai yang marah dan tersinggung dengan kata-kata awak itu nanti," katanya mengingatkan.
"Mengapa nak marah? Ini teguran yang benar buat kita semua. Ada orang agama tetapi tidak beragama sepertimana ramai orang yang ada akal tetapi tidak berakal."
"Maksud awak, orang agama yang tidak beragama sama seperti orang punya akal tetapi tidak berakal?"
Tanpa mengiakan atau menidakkan kata-katanya, saya menjelaskan: "Agama mengajar kita supaya mematuhi syariat dan berakhlak walau di mana sahaja. Bukan hanya di masjid, di pejabat atau di rumah, malah di atas jalan raya ketika memandu. Ibadah bukan sahaja solat, puasa, zakat tetapi memandu kenderaan juga boleh dikira ibadah sekiranya dibuat dengan niat yang ikhlas dan mematuhi prinsip-prinsip sunnah Rasulullah s.a.w."
"Memandu itu ibadah?"
"Ya. Bukankah Islam itu satu cara hidup. Ramai manusia zaman moden ini lebih banyak menghabiskan masa seharian mereka di dalam kereta berbanding tempat-tempat lain."
"Betul tu. Kekadang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya. Traffic jam sudah menjadi sebahagian cara hidup kita..."
"Bayangkan jika berjam-jam itu tidak jadi ibadah, tentu rugi. Kita solat pun lebih kurang 7 – 10 minit sahaja."
"Jadi, kita beribadah bukan sahaja di masjid tetapi di jalan raya jugalah ya?"
Tidak perlu saya mengiakan, saya teruskan lagi: "Ibadah yang baik ialah ibadah yang melimpah ruah manfaatnya kepada orang lain. Sekiranya pemanduan kita jadi ibadah, insya-Allah ia akan selamat dan menyelamatkan. Kita selamat dan pengguna jalan lain pun selamat."
Kali ini dia pula terdiam. Berfikir mungkin.
"Tetapi kalau tidak jadi ibadah, buruk padahnya. Bukan sahaja kita yang terima mudarat malah memudaratkan orang lain. "
"Apa hukumnya memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong secara salah?"
"Saya bukan ustaz, apa lagi ulama... tetapi jika tindakan itu memudaratkan diri sendiri dan orang lain tentulah dilarang atau diharamkan oleh Islam. Bukankah Islam itu agama selamat dan menyelamatkan?"
"Mengapa kemalangan boleh berlaku sedangkan sesetengah kita sudah melakukan pelbagai usaha?" Tanyanya mengalih arah perbualan.
"Usaha apa yang awak maksudkan?"
"Macam kawan rapat saya minggu lalu. Dia terlibat dalam kemalangan. Agak parah juga. Setahu dan seingat saya, dia warak orangnya. Kalau hendak bermusafir mesti didahului solat sunat musafir, doa naik kenderaan dan pelbagai lagi bacaan ayat al-Quran."
"Itu aspek syariatullah. Tetapi cuba check aspek sunnatullahnya," kata saya mengingatkan.
"Aspek syariatullah, sunnatullah? Apa itu?"
"Bacaan doa, solat musafir dan doa-doa yang lain itu aspek syariatullah. Manakala aspek sunnatullah pula adalah seperti memastikan keadaan brek kenderaan dalam keadaan baik, bunga tayar masih elok, cermin belakang dan sisi dalam kedudukan yang sesuai, memakai tali pinggang keledar dan enjin kereta dalam keadaan baik," jelas saya.
"Maksud awak kedua-dua itu hukum Allah juga?"
"Ya, syariatullah yang melibatkan hukum syariat yang lima; wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Manakala hukum sunnatullah pula melibatkan hukum sebab dan akibat yang telah Allah tetapkan untuk memastikan dunia ini dalam keadaan stabil dan baik."
"Saya masih tidak faham."
"Hukum sunnatullah itu seperti hukum graviti, hukum geseran dan lain-lain hukum yang kita belajar dalam ilmu sains dan matematik itu. Hukum ini tidak berubah dan bertukar ganti sifatnya. Ia tetap. Allah menetapkannya demi keselamatan dan kestabilan alam ini. Jika dilanggar buruk padahnya."

"Bagaimana semua itu terkait semasa kita memandu kenderaan?"
"Jika tayar botak, kenderaan mudah terbabas dan tergelincir. Ada hukum geseran di situ. Begitu juga apabila tali pinggang keledar tidak dipasang, momentum yang menghentak jisim kita ke hadapan akan lebih kuat jika kereta bergerak dengan halaju yang tinggi."
"Orang agama perlu dengar fakta ini," bisiknya perlahan.

"Mematuhi hukum syariatullah dan sunnatullah itulah bukti kita beragama semasa memandu di atas jalan raya. Tidak kiralah kita orang agama, atau tidak. Asalkan kita orang Islam, kita wajar mematuhi kedua-dua hukum Allah ini. "
"Jadi tidak cukup dengan mengamalkan doa naik kenderaan sahaja?"
"Ya, kalau hanya berdoa tetapi tidak menjaga aspek sunnatullah, itu termasuk dalam tawakal yang tidak berbekal. Tetapi kalau hanya menjaga aspek syariatullah, tetapi tidak berdoa dan meminta bantuan Allah, itu sombong. Seolah-olah kita bertawakal kepada diri bukan kepada Allah. "
"Jadi melanggar hukum sunnatullah juga merupakan satu kederhakaan kepada Allah, bukan hanya melanggar hukum syariatullah?"
"Ya. Itulah yang dikatakan, kita beragama di atas jalan raya. Barulah jalan raya kita tidak menjadi jalan mazmumah."

"Ya, orang Islam perlu menjalani kehidupan berdasarkan aqidah, syariah dan akhlak, setiap masa, setiap kita dan walau di mana-mana sahaja. Siapa kita di atas jalan raya, menunjukkan siapa kita di jalan hidup yang sebenarnya. Berhati-hati di jalan raya, ia boleh membawa kita ke syurga ataupun ke neraka!"


Sekian. Semoga bermanfaat untuk kita semua 😄😄

Dikarang2 Oleh Saya2 Laaa!!!

Comments

Popular posts from this blog

My Dear Roommate

Assalamualaikum... Entry ni..sy nk cta psl insan2 yg tlah n prnah mnjd roomate sy..wahh!! huhu..depa2 ni smua baek hati..bnyk tolong sy lam bnyk hal sbb 2 sgt appreciate mereka2 ini :) ok lets start with my 1st roomate 2008-2009(Khairunnisa @ nissa) Ari 1st ak smpy poly twos dpt knci blk B6 3.3..twos ak p kt c2.. msok2 da ad cik kak sowg ni..cantik..agk glooming la jgak an..huhu.. 1st expression..ishh cm segan je nk tgur minah ni kan..huhu.. tp dy yg mla2 tegur ak dlu..nma dy nissa org KL..siang 2 pnggil awk sy je..hehe al maklum lah sopan2 dlu kan..pas 2 mlm 2 pas abes xtxt MSK kmi twos blk blik.. then dy ckp kt ak ala xyah awk sy la..kte ak ko je...hoho...ak pn ape lg.. xde la sgn sgt do awak awak kan..keh3..lps 2 brmula khdpn kmi sbgai pljr poly.. then dy knlkan ak ngn mmber dy nad yg mn dy pown bwu knl bbrpa ari yg lalu.. nad ni lg la peramah sma naek ja ngn nissa ni..ak yg agk PENDIAM ni..mlyan je la karenah mereka2..huhu..next sem nad n romet dy pndah blek sblh

Terjoin Contest Kenapa Kai Akihiro Kene Kasi Saya Domain Percuma!

Huuuu.. hye2...  Try la contest neyh kalo brminat hehe.. msty x nyesal.. fuyoo .. :) 3 Sebab Kenapa Kai Akhiro Kena Kasi Sy Domain Percuma Noh!!! i - Borink dgn blogspot.com srta co.cc ... muahaha.. ii- Saja nak masyurkan Page ak .. ngee .. :D iii- Nak tukarkan blog neyh kpd blog yg lbey informasi.. so prlula domain sndri agknya.. Jadikan Anda2 Mangsa Tag Sy                 Nissa Cute                 Cik Idah Kita                 Nad :) Thnx Sudi Baca .. :) Dikarang2 Oleh Saya2 Laaa!!!

Putaq2 Sekitaq

Ohho .. dan2 tjuk entry neyh ceq trkeluaq plak slank penang depa neyh .. xlarat nk tergeliat lidah neyh .. huhu .. even kedah,penang, n perlis ckp dy lbey krg .. sbnrnya x laa .. slank dy laen cket .. penang dy bnyk lenggok dy .. hoho .. ntahla .. Ehh2 .. entry neyh bkn sal dialek laa .. but sal jenjalan cri arah with my cousin izah or fmly kmi pnggil nurul .. ianya terlangsung pd 04 dec brsamaan ahad yg lalu . huu .. ok bangun pepagi jewrr .. akak ckp jom kuar tgk wyg .. cte apa ak tnya .. OMBAK RINDU!!!! . wahh neyh yg teruja neyh .. twos laa ak text izah jom kuar .. so kuar la kteowng ber 4 aq, izah , akak n anak sedara (tasya) .. so apa lg mang niat nk kuar tgk wyg jewrr neyh .. pegi laa itu Sunway Carnival .. mang x merugikan tiket wayang lorh .. cta dy best .. even x bnyk part lam novel ad lam 2 kan .. yela xkan dy nk ltak smua lam movie 2 kan .. mau x nya jd lbey dri 5 jam .. hoho .. cte start 11.45 so smntra 2 ak n cousin smpt lg snap2 skitar 2 .. akk n tasya ntah ilang ke mn