Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

SABAR

Salam Ramadhan. Terpanggil untuk berkongsi mengenai kesabaran. Sukarkan melatih diri untuk sabar. Lelah oh lelah. Diri ini juga sering gagal mengawal emosi, ego dan sebagainya. Admin nak berkongsi post mengenai bagaimana tahap kesabaran kita bila di jalan raya.  Bertujuan untuk menegur diri sendiri, kamu dan kamu, serta masyarakat kita hari ini.  Tambahan lagi di bulan yang mulia ini kan, memang menuntut kita menjadi seorang yang lebih penyabar gitu 😉 Warna Sebenar Kita Di Jalan Raya Oleh : PAHROL MOHAMAD JUOI "Kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas apabila memegang stereng kereta?" Tanya seorang ahli kariah masjid ketika kami sama-sama berehat selepas menunaikan solat Asar. "Saya rasa bukan tiba-tiba sahaja mereka jadi ganas tetapi mereka memang ganas sebelum memegang stereng kereta lagi," jawab saya perlahan. " Eh, kenapa awak kata begitu?" "Jalan raya hanya menjadi sebab untuk mereka mengeluarkan