Skip to main content

Posts

SABAR

Salam Ramadhan. Terpanggil untuk berkongsi mengenai kesabaran. Sukarkan melatih diri untuk sabar. Lelah oh lelah. Diri ini juga sering gagal mengawal emosi, ego dan sebagainya. Admin nak berkongsi post mengenai bagaimana tahap kesabaran kita bila di jalan raya.  Bertujuan untuk menegur diri sendiri, kamu dan kamu, serta masyarakat kita hari ini.  Tambahan lagi di bulan yang mulia ini kan, memang menuntut kita menjadi seorang yang lebih penyabar gitu 😉 Warna Sebenar Kita Di Jalan Raya Oleh : PAHROL MOHAMAD JUOI "Kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas apabila memegang stereng kereta?" Tanya seorang ahli kariah masjid ketika kami sama-sama berehat selepas menunaikan solat Asar. "Saya rasa bukan tiba-tiba sahaja mereka jadi ganas tetapi mereka memang ganas sebelum memegang stereng kereta lagi," jawab saya perlahan. " Eh, kenapa awak kata begitu?" "Jalan raya hanya menjadi sebab untuk mereka mengeluarkan
Recent posts

Wanita Hiasan Dunia

Dia Seorang Yang Ku Kagumi.. Dia tak cantik menggoda. Tanpa bulu mata palsu. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna. Tak menggoda. Ada macam tak ada. Matanya tak galak. Tak redup. Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow . Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu. Hidungnya pun tak mancung. . Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri. Hanya dia letakkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam tiada. Dan dia. Ya. Dia selesa begitu. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu. Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya. Bukan dia kedekut. Cuma rasa tak perlu. Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik. Dan dia, ya dia selasa begitu. Sederhana dengan caranya. Bersyukur dengan apa yang dia ada. Biarlah walau dia dipandang

DeeP n DeepeSt

Perkongsian dari seorang sahabat :  Please baca ini, sahabatku sekalian . Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang. Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah, Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama. Dear muslimah, Jadilah Haura' al-Maqsurah. Ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya.   Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengorat awak. Tak perlu layan. Tak perlu bercrush-crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, jangan mencari. Kita sedih tengok kawan-kawan kita yang sanggup stay up semata-mata nak berbalas mesej dengan pakwe. Kita sedih tengok kawan-kawan kita menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain. Kita sedih sangat tengok kawan-kawan kita yang menunggu lelaki nak propose couple dengan dia. Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan perasaan