Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Wanita Hiasan Dunia

Dia Seorang Yang Ku Kagumi.. Dia tak cantik menggoda. Tanpa bulu mata palsu. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna. Tak menggoda. Ada macam tak ada. Matanya tak galak. Tak redup. Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow . Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu. Hidungnya pun tak mancung. . Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri. Hanya dia letakkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam tiada. Dan dia. Ya. Dia selesa begitu. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu. Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya. Bukan dia kedekut. Cuma rasa tak perlu. Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik. Dan dia, ya dia selasa begitu. Sederhana dengan caranya. Bersyukur dengan apa yang dia ada. Biarlah walau dia dipandang