Skip to main content

Wanita Hiasan Dunia

Dia Seorang Yang Ku Kagumi..


Dia tak cantik menggoda. Tanpa bulu mata palsu. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna. Tak menggoda. Ada macam tak ada.

Matanya tak galak. Tak redup. Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow . Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.
Hidungnya pun tak mancung. .

Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri. Hanya dia letakkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam tiada.

Dan dia. Ya. Dia selesa begitu. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu. Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya. Bukan dia kedekut. Cuma rasa tak perlu. Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu. Sederhana dengan caranya. Bersyukur dengan apa yang dia ada. Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya. Dia tak peduli. Dia malas ambil tahu. Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki, Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya. Sedang dalam dengan cara begitu pun. Dia masih tak sedap hati. Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.

Susah menjadi dia?Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat? Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri. Terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.
Susahnya menjadi dia? Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda. Dipujuk hatinya. “jangan, itu semua godaan dunia”
“ wanita itu memang sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”. Dipujuk hatinya. Walau terasa ingin mencuba, dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah. Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana. Yang kehadirannya tak disedari. Ya, dia selesa begitu. "Seribu Impian Sebelum Hayatku Tiba" Dunia hanyalah sementara.
Kau bukan PELIK. Kau LIMITED EDITION.










"Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah"



#RepostSharedFromSomewhere

Dikarang2 Oleh Saya2 Laaa!!!

Comments

Popular posts from this blog

Anugerah Dari Tuhan.. :)

Assalamualaikum.. ok..smntra nk tggu wktu brbuka puasa msok ni..update entry bwu sat..hee anugerah dari tuhan?? .. ia smestinya kwn2 sy dan juga "potato crisp"..huhuhu~~ 1st,nk cta sal potato crisp dlu..apady potato crisp 2.. dy lbey krg snacks (bkn snake ok) or mcm crackers la jgak.. kmi suka mkn potato crisp ni if ad kls kt kompleks star.. sbb kalo kls kt c2..msty nk g pantri n bli mknn.. kra potato crisp ni da jd wajib dahh kowt..hoho mcm mn ak bley knl ngn bnda ni..1st dayah yg ajor..dy ckp sdp..n yg laen ad yg slalu mkn n ad jgak yg terikut..so jd la rutin kmi bla g pantri bli bnda ni.. So apa kaitan potato crisp ni ngn ari ni...ahahhaha.. ok2..ari ni kn sy brpuasa.. lps 2 dgn baik htinya.. 3 org kwn sy ni hadiahkan sy potato crisp 2.. mula2 dayah n ain yg kasi sowg 1 kt ak b4 nk msok kls economics td.. lps dh msok kls nazmi plk kasi lg 1..dy nk bg yg dah bkak tp ak puasa..so dy bg 1 yg bru tros..ahaha..so ad 3 laa..ckop kot smua perisa..suka2.. TERIM...

DeeP n DeepeSt

Perkongsian dari seorang sahabat :  Please baca ini, sahabatku sekalian . Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang. Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah, Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama. Dear muslimah, Jadilah Haura' al-Maqsurah. Ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya.   Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengorat awak. Tak perlu layan. Tak perlu bercrush-crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, jangan mencari. Kita sedih tengok kawan-kawan kita yang sanggup stay up semata-mata nak berbalas mesej dengan pakwe. Kita sedih tengok kawan-kawan kita menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain. Kita sedih sangat tengok kawan-kawan kita yang menunggu lelaki nak propose couple dengan dia. Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan per...

SABAR

Salam Ramadhan. Terpanggil untuk berkongsi mengenai kesabaran. Sukarkan melatih diri untuk sabar. Lelah oh lelah. Diri ini juga sering gagal mengawal emosi, ego dan sebagainya. Admin nak berkongsi post mengenai bagaimana tahap kesabaran kita bila di jalan raya.  Bertujuan untuk menegur diri sendiri, kamu dan kamu, serta masyarakat kita hari ini.  Tambahan lagi di bulan yang mulia ini kan, memang menuntut kita menjadi seorang yang lebih penyabar gitu 😉 Warna Sebenar Kita Di Jalan Raya Oleh : PAHROL MOHAMAD JUOI "Kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas apabila memegang stereng kereta?" Tanya seorang ahli kariah masjid ketika kami sama-sama berehat selepas menunaikan solat Asar. "Saya rasa bukan tiba-tiba sahaja mereka jadi ganas tetapi mereka memang ganas sebelum memegang stereng kereta lagi," jawab saya perlahan. " Eh, kenapa awak kata begitu?" "Jalan raya hanya menjadi sebab untuk mereka mengeluarkan ...