Skip to main content

Mengeluh dan Bersyukur

Assalamualaikum w.b.t
Sudah lama tidak kucoretkan sesuatu di blog ini dek kerna komitmen hidup yg makin menggunung (ohh berbasa basi pula)..huhu

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi nafas untuk melihat kebesaran Allah s.w.t dan diberi kesempatan untuk membetulkan khilaf2 yg lalu walaupun masih terlalu lalu banyak kesilapan yang masih belum ku betulkan.. Ya Entri kali ini juga mengenai rasa syukur.. #AkuJugaSelaluMengeluh
Jadi entri ini untuk menegur diri sendiri dan juga sahabat2 yang ku sayangi sekalian...

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)
Entri ni kopi pasta saja sebenarnya..huhu sekadar perkongsian bersama rakan2 :)
Jadi marilah kawan2 sama2 kita bermuhasabah diri..dunia ini hanya persinggahan..Akhirat jua negeri yang kekal di mana kita sendiri juga tidak tahu apakah nasib kita kelak..tapi apapun semoga Allah sentiasa menempatkan kita di tempat yang mulia di sisiNYA..in sha Allah.. Allahumma Ameen..

and last but not least silalah tonton video di bwh by Ustaz Kazim .. lbih jls penerangannya..
Source: iluvislam


Dikarang2 Oleh Saya2 Laaa!!!

Comments

Popular posts from this blog

Anugerah Dari Tuhan.. :)

Assalamualaikum.. ok..smntra nk tggu wktu brbuka puasa msok ni..update entry bwu sat..hee anugerah dari tuhan?? .. ia smestinya kwn2 sy dan juga "potato crisp"..huhuhu~~ 1st,nk cta sal potato crisp dlu..apady potato crisp 2.. dy lbey krg snacks (bkn snake ok) or mcm crackers la jgak.. kmi suka mkn potato crisp ni if ad kls kt kompleks star.. sbb kalo kls kt c2..msty nk g pantri n bli mknn.. kra potato crisp ni da jd wajib dahh kowt..hoho mcm mn ak bley knl ngn bnda ni..1st dayah yg ajor..dy ckp sdp..n yg laen ad yg slalu mkn n ad jgak yg terikut..so jd la rutin kmi bla g pantri bli bnda ni.. So apa kaitan potato crisp ni ngn ari ni...ahahhaha.. ok2..ari ni kn sy brpuasa.. lps 2 dgn baik htinya.. 3 org kwn sy ni hadiahkan sy potato crisp 2.. mula2 dayah n ain yg kasi sowg 1 kt ak b4 nk msok kls economics td.. lps dh msok kls nazmi plk kasi lg 1..dy nk bg yg dah bkak tp ak puasa..so dy bg 1 yg bru tros..ahaha..so ad 3 laa..ckop kot smua perisa..suka2.. TERIM...

DeeP n DeepeSt

Perkongsian dari seorang sahabat :  Please baca ini, sahabatku sekalian . Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang. Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah, Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama. Dear muslimah, Jadilah Haura' al-Maqsurah. Ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya.   Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengorat awak. Tak perlu layan. Tak perlu bercrush-crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, jangan mencari. Kita sedih tengok kawan-kawan kita yang sanggup stay up semata-mata nak berbalas mesej dengan pakwe. Kita sedih tengok kawan-kawan kita menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain. Kita sedih sangat tengok kawan-kawan kita yang menunggu lelaki nak propose couple dengan dia. Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan per...

SABAR

Salam Ramadhan. Terpanggil untuk berkongsi mengenai kesabaran. Sukarkan melatih diri untuk sabar. Lelah oh lelah. Diri ini juga sering gagal mengawal emosi, ego dan sebagainya. Admin nak berkongsi post mengenai bagaimana tahap kesabaran kita bila di jalan raya.  Bertujuan untuk menegur diri sendiri, kamu dan kamu, serta masyarakat kita hari ini.  Tambahan lagi di bulan yang mulia ini kan, memang menuntut kita menjadi seorang yang lebih penyabar gitu 😉 Warna Sebenar Kita Di Jalan Raya Oleh : PAHROL MOHAMAD JUOI "Kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas apabila memegang stereng kereta?" Tanya seorang ahli kariah masjid ketika kami sama-sama berehat selepas menunaikan solat Asar. "Saya rasa bukan tiba-tiba sahaja mereka jadi ganas tetapi mereka memang ganas sebelum memegang stereng kereta lagi," jawab saya perlahan. " Eh, kenapa awak kata begitu?" "Jalan raya hanya menjadi sebab untuk mereka mengeluarkan ...